Jul 25, 2007

PENGENALAN APA itu Linux? Linux merupakan salah satu sistem operasi percuma. Ia boleh bertindak berbilang tugas (multitasking), multi threading, dan operasinya seakan-akan unix.

Malah, boleh dikatakan linux adalah hasil terbaik versi unix seperti unix BSD dan unix SVR4. Berbanding linux, lesen perlu dibeli untuk menggunakan unix. Jika tidak, si pengguna dikatakan menggunakan program cetak rompak.

Linux percuma untuk digunakan dan boleh dipasang ke komputer peribadi yang menggunakan cip Intel, Sparc dan Motorola

Perisian ini dilesenkan di bawah Pelesenan Am Awam (General Public Licence, GNU), di mana hakcipta terpelihara adalah milik Linus Trovald

PENGENALAN APA itu Linux? Linux merupakan salah satu sistem operasi percuma. Ia boleh bertindak berbilang tugas (multitasking), multi threading, dan operasinya seakan-akan unix.

Malah, boleh dikatakan linux adalah hasil terbaik versi unix seperti unix BSD dan unix SVR4. Berbanding linux, lesen perlu dibeli untuk menggunakan unix. Jika tidak, si pengguna dikatakan menggunakan program cetak rompak.

Linux percuma untuk digunakan dan boleh dipasang ke komputer peribadi yang menggunakan cip Intel, Sparc dan Motorola

Perisian ini dilesenkan di bawah Pelesenan Am Awam (General Public Licence, GNU), di mana hakcipta terpelihara adalah milik Linus Trovald. Di bawah pelesenan ini, Linux adalah percuma. Pengguna boleh mengubah dan menokok tambah apa saja kepada kod sumber (source code) Linux dan bayaran boleh dikenakan ke atas usaha itu asalkan kod sumber disertakan bersama, termasuk yang diubah dan tambah.

Linux bermula dengan Minix dan penciptanya, Andy Tanenbaum. Oleh kerana minix tidak mempunyai banyak ciri, beberapa orang meneruskan pembangunan dan salah seorang daripadanya ialah Linus Trovald dari Helsinki.

Projek Linux yang Linus mulakan ini berkembang dan mendapat sokongan warga Internet. Pengguna dari pelbagai latar belakang, tidak kira pelajar atau professor, menyumbangkan masa, tenaga dan ilmu mereka untuk menghasilkan sistem operasi yang terbaik secara percuma.

Terdapat banyak cara menyebut sistem operasi percuma yang mendapat sokongan padu serata dunia ini dan bergantung kepada kedudukan geografi anda. Sebutan popular ialah liinuks, lainaks, dan linaks. Untuk mendengar bagaimana Linus sendiri menyebutnya, dapatkan fail english.au dan swedish.au di funet Pada tahap minimum, Linux boleh berfungsi dengan komputer Intel 386 dan ruang storan cakera keras 40MB serta RAM 4MB.

Sokongan yang linux perolehi selalunya dalam bentuk dokumen kaedah penggunaan, soalan lazim, laman web dan bantuan di ruangan IRC. Sebagai contoh, http://www.linux.org mengandungi banyak sumber dan maklumat Linux.

Edaran Linux boleh juga didapati di ftp://sunsite.unc.edu. Di Malaysia, beberapa penghuni Internet sedang mengusaha dan mempromosi Linux untuk kegunaan pejabat dan di rumah. Antaranya ialah http://www.my-linux.org. Anda juga boleh berIRC di tempat mereka berkumpul di #linux dan #rindu di RinduNet. Antara server IRC RinduNet ialah rindu.enemy.org:port 6667 dan news.nstp.com.my:port 6667.

Terdapat banyak edaran atau versi Linux. Antara yang utama adalah Slackware, Red Hat, Debian dan Caldera. Sumber Linux boleh didapati dengan FTP atau membeli CD dari pengedarnya. Bayaran yang dikenakan untuk CD tersebut hanya untuk kos pembikinan ciri- ciri tambahan yang disediakan oleh pembekal CD. Setiap pengedar mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Contohnya, CD Red Hat menyertakan utiliti pemasangan mudah, sistem RPM yang menyenangkan upgrade, penyenggaraan program, utiliti dan kernel manakala Slackware amat sesuai bagi mereka yang ingin mendalami dunia Linux.

Setiap edaran Linux mempunyai pakej yang hampir sama. Pembeli dikehendaki memilih pakej yang ingin digunakan. Sebagai contoh, setiap edaran Linux mesti mempunyai pakej asas. Jika perlu menyambung Linux ke LAN atau WAN, pakej untuk rangkaian diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk cara pemasangan Slackware dan Red Hat. Walaupun terdapat banyak versi pengedaran, inti pati Linux atau kernel adalah sama. Lagipun, cara pemasangan setiap versi hampir sama.

Terdapat dua versi kernel Linux. Versi 1.X.Y atau 2.X.Y, di mana X adalah nombor genap, merupakan kernel yang stabil dan telah diuji. Kernal yang masih dalam ujian diwakili oleh nilai ganjil pada X. Sebagai contoh, kernel versi 2.0.28 adalah stabil manakala versi 2.1.28 masih dalam ujian dan digunakan, terutamanya oleh pereka program dan mereka yang ingin merasai persekitaran yang lebih mencabar. Pra pemasangan Sebelum memulakan pemasangan, komputer yang akan dipasang dengannya perlu dinilai serta memastikan apa yang ingin digunakan dengan Linux. Penulis akan menggunakan komputer peribadi dengan CPU Intel, AMD atau Cyrix. Antara sebabnya ialah pada peringkat awal, Linux diuji dengan platform Intel dan komputer klon murah berbanding Sparc (Sun) dan yang menggunakan cip Motorola (Power PC). Lagipun, penulis percaya kebanyakan pembaca tidak mungkin memiliki komputer selain yang menggunakan cip Intel, AMD atau Cyrix.

Keperluan minimum ialah cip Intel (atau Cyrix atau AMD) 386SX. Bagaimanapun cip 486 disyorkan sebagai aras permulaan. Memandangkan harga motherboard kini makin murah, pembaca mungkin mempunyai sistem dengan cip Pentium. RAM minimum yang diperlukan ialah 2MB. Tentu ada yang ketawa dan tidak percaya dengan keperluan minimum Linux, berbanding keperluan Windows 95.

Linux boleh mengesan semua jenis cakera keras dan kawalan popular seperti EIDE, ESDI dan SCSI tanpa masalah. Sekiranya cakera keras dan kawalan boleh berfungsi dengan baik dalam DOS, ini bermakna ia tiada masalah dengan Linux.

Bagi tetikus, Linux menyokong kedua-dua PS/2 (bus) dan bersiri (serial). Selain iut Linux turut menyokong bus PCI dan VESA. Jika ingin menggunakan X untuk Linux, iaitu paparan window melalui GUI, jenis cip yang menjalankan sistem video perlu diketahui kerana Linux akan berfungsi lebih pantas sekiranya dijalankan dengan Xserver yang sesuai. Sekiranya tidak tahu jenis cip sistem paparan, bolehlah mencuba Xserver VGA dan SVGA.

Linux ada sokongan untuk CDROM IDE dan SCSI, kebanyakan pencetak seperti HP dan Canon serta hampir semua jenis modem, tidak kira pemasangan di luar atau di dalam. Panduan terbaik ialah, jika DOS boleh mengesan modem itu, linux juga boleh.

Sokongan bagi kad rangkaian (NIC) juga kukuh dan termasuk semua topologi, ethernet, token ring, malah arc net juga. Bagaimana pun lebih selamat jika menggunakan kad rangkaian popular seperti dari keluarga 3Com (3c509, 3c59x, 3c95x) dan kad NE2000 atau klonnya. Pemasangan Am

Sebelum mendalami pemasangan, ikuti dulu langkah am yang boleh digunakan untuk semua versi linux.
Sumber linux; tak kira dalam bentuk apa,
Ada disk berkenaan untuk but dan memasang Linux.
Bersedia untuk mencuba alam baru yang menarik lagi percuma.
Sudah membuat penduaan (backup) data.
Membahagi (partitioning) cakera keras atau lebih baik menggunakan cakera keras baru.

Secara amnya, anda perlu ada sumber linux, ada dijual dalam bentuk CD dan boleh didapati di kebanyakan kedai buku. Linux juga boleh didownload dari Internet, seperti Sunsite dan pelayan bayangan Sunsite atau laman pembikin linux (seperti Redhat di http://www.redhat.com dan Caldera di http://www.caldera.com).

Tindakan pertama, perlu memilih versi yang ingin digunakan. Secara amnya, perlu ada boot disk dan root disk untuk mula memasang linux. Ia boleh didapati di Sunsite. Jika menggunakan CD, pastikan ia di bawah direktori boot disk dan root disk. Untuk menyalin imej boot dan root, rawrite.exe yang juga boleh didapati dengan pakej anda diperlukan.

No comments:

Friendship

friendship to.